html>
You have been here,welcome | Dashboard | +Follow
☂diary of my Life☂
benci !
Thursday, 22 December 2011 20:23 | 0 comments

Assalamualaikum cinta..

Capital A .. mengenali kamu adalah saat yang paling membahagiakan bagi saya. Melihat kamu ketawa membuatkan saya bahagia. Saya senang sekali dapat mengenali kamu dengan lebih dekat seolah tiada apa yang dapat memisahkan persahabatan kita. Kadangkala sikap nakalmu mencuit hati kecil ku. Tetapi kamu tidak pernah sedar bahawa saya dalam diam mula menyemai benih cinta buatmu. Ya.. bukan mudah untuk kamu menerima diri ini seadanya. Kerana sudah saya ketahui cintamu itu kini telah dimiliki. Terguris.. kesal.. merana.. ungkapan yang sesuai untukku. Cinta. Tika bersamamu cinta aku sering kali cuba menyembunyikan rasa sedih ini. Sedaya mungkin air mata ini aku haling dari terus mengalir. Aku malu kerana aku menyayangi mu. Aku takut kau akan tinggalkan aku, aku benar-benar rasa kehilangan ketika kau bersamanya. Tidak pernah sekali pun kau sedari aku ini teman baikmu mencintai dirimu. Menyayangimu lebih dari segalanya tapi aku sadar cintaku pada Yang Esa Itu lebih bermakna,, tidak sama sekali aku tidakkan menduakan cintaMU ya Rabb, salahkan aku kerana mencintaimu. Aku sering terluka bila kau sering kali bebicara tentang si dia kepada ku padahal saat itu kau sudah mengehtauhi aku mencintaimu, tegarnya kamu membiarkan aku terus menangis kerana cemburu buta. Remuk dan tak \terkata betapa aku terlalu rungsing tiap kali mengenangkan kamu. Kalau aku pernah mencintai orang itu tak lain tak bukan hanya kamu Cinta. Tak pernah sekali pun aku melupakan kau . walau kini berjauhan cinta aku tetap merinduimu. Aku bukanlah pendusta cinta kerna aku setia padanya. Kala aku sendirian kala aku kesepian. Aku cba untuk meyerahkan diri ini kepadaNYA.
Bersama kasih yang tidak kesampaian ini aku berlari mencari cintaMu tidak akan ku lepaskannya,
Allah swt tidak pernah sekalipun meninggalkan aku. Tapi kau pula sebaliknya.
Allah swt tidak pernah sekalipun menghampakan aku. Tapi kau pula sering melukakan hati aku.
Terima kasih cinta kerana pernah singgah di hati aku.. aku sayang kamu..

OLD | NEW